Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian

Semasa Seminar Pemikiran Fizik Semasa pada 18 April 2009, Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin daripada Institut Penyelidikan Matematik, UPM telah membentangkan ¨Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian.¨ Tajuk ini merupakan sorotan beliau terhadap hubung kait antara mekanik kuantum dengan beberapa aspek yang lain, termasuklah logik.